Monday, April 26, 2010
if scientist have created the time machine, i wish i coul returned to the time where we were strangers.
Alangkah indah. Tiap mimpi menjadi kenyataan. Dimana aku dan kau tidak pernah mengenali diri sesama. harapan musnah, impian gagal, janji terlerai. adakah ikhlas kata-kata pabila di kotakan? Ataukah ia hanya suara dari bibir yang menyebut tiap baris perkataan?
Aku masih ingat kenangan itu. Kenangan yang membuat aku terpaku dan terkaku. Lidah bagaikan diikat. Hati berdebar-debar. Saat itu, aku tidak dapat bayangkan apa akan berlaku. Seolah-olah pemikiranku dibeku untuk sesaat berlalu. Senyuman yang mencairkan tiap wajah yang menatap. Pandangan mata yang tajam seolah-olah enggan membiarkan sesaat berlalu tanpa bayangan. Sentuhan yang lembut, menyentuh wajah ini. Bagaikan memegang sesuatu yang amat berharga. Renungan mata yang terus menusuk ke dalam hati. Tiap bicara yang ditutur, bagaikan irama beralunan lagu yang merdu. Aku terpaku, lidah terkelu. Saat itu, aku malu untuk menatap anak mata yang bertakungkan airmata kesal. Aku takut. Takut dengan memandang nya, aku aksn terperangkap. Hanya waktu itu, aku hanya mampu berdiam diri, tanpa kata-kata.
Hari-hari yang berlalu, setiap saat, nadi berdenyut berdasarkan dirinya. Adakah ini yang dinamakan Cinta? Rasa terseksa pabila sesaat tak mendengar khabar tentang dirinya. Diri ini hanya mampu melihat gerak-geri dari jelingan anak mata ini. Walau payah bibir melafazkan kata-kata rindu, tapi setiap saat dirinya berdenyut dalam lubuk hati kecil ini.
Tapi yang bermula pasti akan berakhir. Kau kini tidak lagi seperti dulu.
Tiada lagi kulihat senyuman itu.
Tiada lagi kulihat tatapan anak mata yang jernih itu.
Tiada lagi kudengar suara yang lafaz dari bibirmu itu.
Tiada lagi kumerasai sentuhan lembut dari jari halusmu itu.
Bahkan sekarang, kau menjadi musuh.
Kita tiada lagi bertukar khabar.
Kita tiada lagi bertukar fikiran.
Kau menghilang saat cinta mula berputik.
Kau menghilang saat diri ini memerlukan belaian mu.
Kau menghilang saat hati ini terpaut pada mu.
Kau menyangka pertemuan kita hanya suatu lakonan. Menyakiti hatimu tanpa aku sedari. Tanpa aku sedar yang mimpi akan berakhir. Berakhir untuk selama-lamanya. Perhubungan yang terjalin di tanamkan dengan perasaan hasut dengki dan kata-kata benci.
Aku hanya mahu kau mengerti yang aku tetap menanti saat itu. Biarkan ia berdekad, hati ini da terpaut dalam lubuk hati kau. Pernahkah kau cuba mengerti isi hati yang lemah ini. Hati berkecai bagai kaca jatuh berkecaian....
Aku masih menanti kau kembali...
Blogged
@ 1:21 PM